Monday, March 30, 2009

~pertandingan membuat buku skrap~

PERTANDINGAN MEMBUAT BUKU SKRAP SEMPENA MINGGU GEOGRAFI

[ TEMA BUKU SKRAP

TEMA BUKU SKRAP ADALAH BERKAITAN DENGAN ISU-ISU SEMASA DALAM GEOGRAFI CONTOHNYA :

ü PEMANASAN GLOBAL
ü KESAN RUMAH HIJAU
ü PENCEMARAN ( UDARA, AIR, BUNYI )
ü PENINGKATAN SUHU
ü PULAU HABA BANDAR
ü PENIPISAN LAPISAN OZON
ü JEREBU
ü KEMARAU
ü HUJAN ASID
ü TANAH RUNTUH
Ì TAJUK-TAJUK LAIN YANG BERKAITAN JUGA DIBENARKAN…
Ì MAKLUMAT BAGI MEMBUAT BUKU SKRAP TERSEBUT BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA INTERNET, SURAT KHABAR, MAJALAH, BUKU GEOGRAFI DAN SEBAGANINYA…
Ì HADIAH DAN SIJIL PENYERTAAN AKAN DISEDIAKAN..

[ SYARAT PENYERTAAN
œ PERTANDINGAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR
œ BUKU SKRAP TERSEBUT HENDAKLAH DITAIP ATAU BERTULIS TANGAN YANG KEMAS
œ PENILAIAN AKAN DILIHAT DARI ASPEK KREATIVITI DAN ISI KANDUNGAN
œ TARIKH HANTAR PENYERTAAN : 22 – 26 MAC 2009


J UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA BERHUBUNG DENGAN CIK NURZAIBAH IBRAHIM

~Krisis makanan sedunia~


Krisis harga makanan sedunia 2007-2008 merujuk kepada kenaikan harga makanan global secara mendadak yang menagkibatkan keadaan krisis di sesetengah kawasan termiskin di dunia, serta ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial di sesetengah negara.
Punca-punca jangka pendek termasuk penuaian berkurangan sesetengah kawasan di dunia, khususnya Australia. Punca-punca lain bagi kenaikan harga makanan sedunia juga disebabkan peningkatan penggunaan biobahan api di negara-negara maju,[1] dan peningkatan permintaan untuk diet yang lebih terutamanya daging di kalangan golongan kelas menengah yang semakin mengembang di Asia.[2][3] Begitu juga, kenaikan harga minyak yang berterusan telah menaikkan harga baja. Faktor-faktor ini, ditambah pula dengan simpanan stok makanan sedunia yang menurun serta ketidakstabilan akibat spekulasi pasaran saham, semuanya menyumbang kepada kenaikan harga makanan secara mendadak di seluruh dunia.[4]
Isi kandungan[sorok]
1 Punca
1.1 Impak 'makanan sebagai bahan api'
1.2 Peningkatan permintaan seluruh Asia
1.3 Kesan peningkatan harga minyak
1.4 Kemerosotan simpanan stok makanan sedunia
1.5 Krisis kewangan antarabangsa
1.6 Impak liberalisasi kewangan
1.7 Subsidi biobahan api di AS
2 Kesan pada negara membangun
3 Pergolakan
4 Rujukan
5 Pautan luar

Punca
Banyak faktor yang menyumbang kepada harga makanan yang meningkat. Para penganalisa telah menjelaskan bahawa kenaikan harga ini adalah akibat kemerosotan hasil penuaian di merata tempat di dunia, simpanan makanan kian berkurangan, permintaan pengguna meningkat di China dan India, pertambahan penduduk sedunia, serta perubahan dalam ekonomi dunia.[5]

Impak 'makanan sebagai bahan api'
Salah satu punca sistemik kenaikan harga ini adalah penggunaan tanaman makanan (khususnya jagung dan tebu) untuk menghasilkan biobahan api. Oleh sebab para petani lebih menumpukan tanaman mereka kepada penghasilan bahan api berbanding dahulu, tanah dan sumber yang sedia ada untuk penghasilan makanan sama berkurangan. Ini mengakibatkan kurangnya keluaran makanan yang sedia untuk penggunaan manusia, terutamanya di negara-negara membangun dan mundur, di mana peruntukan harian sesebuah keluarga untuk pembelian makanan amat terhad. Krisis ini boleh dilihat dari satu segi sebagai jurang antara negara-negara kaya dan miskin kerana, misalnya, mengisi tangki kereta biasa dengan biobahan api, lebih kurang sama jumlahnya dengan jagung (makanan ruji utama Afrika) yang boleh dimakan seorang Afrika sepanjang setahun.[4]
Sejak akhir tahun 2007, "Agflasi" yang disebabkan peralihan penuaian jagung ke biobahan api yang kian menjadi-jadi, pengikatan jagung kepada harga minyak yang meningkat oleh pedagang komoditi, dan kenaikan harga sebagai kesannya, telah mengakibatkan penggantian pasaran, yang mana kenaikan harga melata melalui komoditi lain: bermula dengan harga gandum dan soya, diikuti beras, kicap, dan pelbagai jenis minyak masak.

Peningkatan permintaan seluruh Asia
Bilangan penduduk kelas menengah telah banyak meningkat di seluruh Asia sejak 20 tahun dahulu. Walaupun kebanyakan besar penduduk Asia masih tinggal di luar bandar dan hidup dalam kemiskinan, perkembangan kelas menengah di rantau ini pesat sekali, dan diramal terus meningkat lagi. Untuk perbandingan, pada tahun 1990, kelas menengah di India dan China masing-masing meningkat 9.7% dan 8.6%; sementara pada tahun 2008 kadar pertumbuhan masing-masing sudah mencapai hampir 30% dan 70%.[4] Peningkatan taraf hidup ini turut menyebabkan perubahan gaya hidup dan tabiat pemakanan, khususnya permintaan untuk lebih kepelbagaian dan lebih daging dalam diet,[6] dan maka itu kenaikan permintaan untuk sumber pertanian.

Kesan peningkatan harga minyak
Kenaikan harga minyak turut memacu kenaikan kos baja yang kebanyakannya memerlukan petroleum untuk dihasilkan.[4] Minyak juga memainkan peranan penting dalam proses penghasilan dan pengangkutan makanan dengan menggunakan jentera.

Kemerosotan simpanan stok makanan sedunia
Jika dulunya negara-negara cenderung menyimpan simpanan stok makanan yang lebih, tetapi kini, oleh sebab kadar penumbuhan makanan serta kemudahan mengimport makanan, maka keperluan menyimpan stok dianggap kurang penting. Oleh itu, misalnya, pada Februari 2008 simpanan gandum menjunam kepada takat terendah sejak 60 tahun di Amerika Syarikat.[4]


Krisis kewangan antarabangsa


Ketidakstabilan akibat spekulasi pasaran saham, termasuk peristiwa "Black Monday" pada bulan Januari 2008, telah menjejaskan pelaburan dalam komoditi makanan.[4] Amerika Syarikat khususnya, sedang menghadapi krisis ekonomi yang boleh mengakibatkan kemelesetan.[7][8][9]

Impak liberalisasi kewangan
Sesetengah pihak mendakwa bahawa negara-negara membangun telah bertukar dari penghasil makanan sendiri menjadi pengimport bersih makanan sejak mengikuti dasar ekonomi pasaran bebas Tabung Kewangan Antarabangsa (kemudiannya Perjanjian Pertanian Pertubuhan Perdagangan Sedunia) dikeluarkan kepada negara-negara penghutang pada 1970-an dan 1980-an. Sambil membuka negara-negara membangun kepada import makanan negara maju yang terus disubsidi oleh kerajaan Barat, negara-negara membangun semakin banyak bergantung pada import makanan yang lebih murah berbanding yang hasil pertanian tempatan di rantau-rantau termiskin di dunia.[10]
Dalam erti kata lain, sambil menggesa negara-negara membangun agar memansuhkan subsidi demi kepentingan liberalisasi perdagangan, negara-negara kaya banyak mengekalkan subsidi untuk petani mereka sendiri, namun baru-baru ini subsidi-subsidi ini menganjakkan penghasilan ke arah biobahan makanan dari makanan.[4]

Subsidi biobahan api di AS
FAO/ECMB telah melaporkan bahawa penggunaan tanah sedunia untuk pertanian banyak merosot sejak 1980-an, dan subsidi-subsidi di luar Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah turut menurun sejak tahun 2004, mengakibatkan bekalan yang meskipun cukup untuk memenuhi permintaan pada tahun 2004, terancam apabila AS mula menukar komoditi pertanian menjadi biobahan api. [11] Menurut USDA, import dan simpanan gandum sedunia kian berkurangan, penggunaan domestik terbantut, dan penghasilan gandum sedunia merosot sejak tahun 2006 hingga 2008.[12]
Di AS, subsidi kerajaan bagi penghasilan etanol telah mendorong ramai petani beralih kepada penghasilan biobahan api; kesannya, 23% tanaman jagung digunakan untuk etanol pada tahun 2007 (naik 6% dari tahun 2005), maka menjejaskan bekalan makanan.


Kesan pada negara membangun


Sejak awal tahun 2007 hingga tahun 2008, harga-harga sesetengah komoditi makanan antarabangsa paling asas naik mendadak di pasaran antarabangsa. Harga pasaran gandum antarabangsa berganda dari Februari 2007 hingga Februari 2008, mencapai rekod melebihi AS$10 sebusyel.[13] Harga beras turut mencapai takat tertinggi dalam jangka 10 tahun. Di sesetengah negara, harga susu dan daging meningkat lebih dua kali ganda, sementara harga soya (yang mencapai harga tertinggi sejak 34 tahun pada Disember 2007[14]) dan jagung turut naik mendadak.
Untuk memastikan bekalan makanan masih mencukupi untuk penduduk tempatan serta mengekang inflasi harga yang serius, sesetengah negara Asia seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Kemboja, dan lain-lain (termasuk Mesir) mengenakan pengharaman eksport beras dengan ketatnya.[15] Sesetengah negara Eropah pula, termasuk Ukraine, Rusia dan Serbia, turut sama mengenakan tarif tinggi atau menghalang eksport gandum dan makanan lain sama sekali, sekaligus memacu lagi peningkatan harga untuk negara-negara pengimport makanan.[16] Seperti negara membangun yang lain, Malaysia juga menghadapi tekanan harga makanan yang melambung tinggi di pasaran dunia. Walaupun harga makanan asas seperti beras dikawal oleh kerajaan Malaysia sudah ada desakan terutama dari golongan petani supaya harga padi dinaikkan sejajar dengan lonjakan harga beras di pasaran antarabangsa[17].

Pergolakan
Disebabkan kenaikan harga sudah menjejaskan tempat-tempat di Asia dan Afrika agak teruk, terutamanya Burkina Faso[18], Cameroon, Senegal, Mauritania, Cote d'Ivoire,[19] Mesir[20] dan Maghribi yang mula menyaksikan tunjuk perasaan dan rusuhan pada akhir tahun 2007 dan awal 2008 mengenai ketandusan makanan ruji asas. Negara-negara lain yang menyaksikan rusuhan makanan atau pergolakan seumpamanya termasuk: Mexico, Bolivia, Yaman, Uzbekistan, Bangladesh,[21] Pakistan,[22] Sri Lanka,[23] dan Afrika Selatan.[24]

~TaNJuNG~


Merupakan daratan yang menganjur ke laut...

~BeNtuK MuKa BuMi~




PANTAI




  1. Bahagian pinggir laut yang terbentuk hasil daripada pengangkutan dan pemendapan bahan-bahan seperti :




  • pasir


  • batu kelikir


  • lumpur




  1. Contoh pantai ialah :




  • Pantai Cahaya Bulan


  • Pantai Port Dickson


  • Pantai Merdeka

Sunday, March 29, 2009

~Pemanasan Global~



Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia .Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain . Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an.Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis , iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Isi kandungan

Faktor pemanasan global

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.

  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Pelepasan karbon dioksida

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.

Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.

IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan konsentrasi karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.

Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara sedang membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

Kesan pemanasan global di Malaysia

Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.

Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.

Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat Tenaga alternatif

Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan solar sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari..

~Geografi A-Z~



Geografi mengajar manusia menjaga serta menimbulkan kesedaran terhadap alam sekitar..mengajar dari A-Z bagaimana alam sekitar dapat dipelihara..bersama berganding bahu untuk menghalang sebarang bentuk penodaan terhadap alam sekitar..say no to global warming..=)

~Apakah itu Geografi~


Geografi merupakan satu pelajaran teras yang wajib di ambil oleh semua pelajar menengah rendah bagi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Merupakan satu subjek yang dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar bagi mewujudkan dunia yang sejahtera...